Sunday, December 11, 2011

Mencintai

Salam.

Di sini, nak kongsi dua buah lagu.


Lagu pertama

Lagu yang pertama ni dengar IKIM.fm pasang haritu. Tergerak nak cari liriknya. Lagu yang memang best.






Bila Diri Disayangi - UKAY'S

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu


Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu


Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri





Lagu kedua



Lagu ni lagu baru kalau tak silap. Kali pertama dengar di SURIA.fm. Layan.






PENERANG HATI - 6IXTH SENSE FT SAUJANA

Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku


Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu



Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku


Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi


Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku


Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi


Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku


Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi



It's to love Him, to be loved by Him and to get this inner peace. This is Islam- Tariq Ramadan





Tuesday, November 1, 2011

Kongsi

Salam,


Dari sumber yang boleh dipercayai dan masih dalam pertimbangan.
Italic
Waktu sekolah akan mula berakhir pukul 4.30 petang pada tahun 2012 di empat buah negeri iaitu Pahang, Johor, Melaka dan Sarawak.

Dan akan dilaksanakan di negeri-negeri lain secara keseluruhannya pada 2013. Wallahualam.



"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dan KUATkanlah kami dalam urusan kami memartabatkan ummah ini dan bantulah kami dalam mengangkat darjat agamaMu Ya Allah. Ameen."



Yuk kawan-kawan puasa 9 Dhulhijjah dan berdoa banyak-banyak pada hari itu. Doa dan doa dan doa dan doa lagi. Ameen Ya Robb!

Saturday, September 17, 2011

Usia senja

Singgah sini lagi. Suka meluah perasaan di sini. Walau tiada siapa yang membaca.


Dulu, Haji Man ada satu impian. Satu impian yang dikongsi bersama dengan dua lagi rakan sekampung merangkap saudara-mara sendiri. Impian Haji Man adalah membina menara untuk masjid Kampung Merbau Patah. Dan alhamdulillah, impian Haji Man tercapai juga akhirnya. Menara siap dibina. Satu persatu yang merancang pembinaan menara masjid ini telah pergi. Arwah Haji Mokhtar dan arwah Haji Deraman sudah menghadap Ilahi. Tinggal Haji Man seorang. Satu-satunya veteran yang kukira masih berada di masjid itu. Ya Allah panjangkan umur Haji Man Ya Allah. Ya Allah panjangkanlah. Ameen.



Hati terasa sangat sayu. Semalam melihat Haji Man perlahan-lahan berjalan kaki menuju ke masjid. Haji Man sudah berusia hampir 80 tahun. Berjalan perlahan-lahan dengan berserban putih dan berjubah hitam. Muka Haji Man hilang seri. Haji Man diuji dengan tahap kesihatan yang kurang memuaskan dua tiga menjak ini. Tapi aneh. Semangat Haji Man tak pernah luntur untuk terus berkhidmat di masjid itu. Walau apa jua yang berlaku. Ya Allah, berkahilah Haji Man Ya Allah. Ya Allah, berkahilah.



Mungkin tak pernah aku ungkapkan ini pada Haji Man. Tapi ya. Betapa diri ini sayang pada Haji Man!




Sunday, August 28, 2011

Ramadhan



Akan selalu dirindui...

* Ihfazillaha yahfazka! Jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu.





Wednesday, May 11, 2011

Dalam Mihrab Cinta

Salam,

Tak pernah baca novel ni. Tak pernah juga menonton filemnya. Terjumpa dua OST best ini di Youtube. Layan~





Lirik Lagu Oki Setiana Dewi & Andy Arsyil – Karena Hati Bicara


Oki:
Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara


Andy:
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara


Oki & Andy:
Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara


Oki & Andy:
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara


Oki & Andy (3x):
Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara




Lirik Lagu Dude Harlino & Asmirandah – Bunga-Bunga Cinta


Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah


Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji


Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta


Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji


Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta


Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah


Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta



All the best semua untuk portfolio! Jumpa Hari Konvo nanti! InshaAllah...




Saturday, March 26, 2011

Untuk kamu

Salam adek-beradekku sekalian,

Ku tujukan video ini khas buat kalian semua. Lagu yang sangat comel.:)





You don't have to be No.1
Because you've already been the only one...Always...


*Take care semua, dan jangan lupa Surah Al-Kahfi setiap malam jumaat/ hari jumaat.

Tuesday, March 1, 2011

i hate when i turn to be a monster.

salam adek beradek sekalian!! sehat ke? i miss u all so much!!
rindu peluk cium korang! :D


my dear sisters, how's your lives as teachers so far? aku harap kite seme tengah makan kat bilik aku ngan ena sambil cite pengalaman sekolah cam kite bese buat time buke pose dedulu! ooh rindunye!!


my dear sisters, yesterday before i entered one of my assigned class, i promised i'd just ignore those who cared less to study and continued teaching- coz i think i spent most of the time on the classroom management, how i wish i could control the kids like i change the TV channels, but i just cant! remote control rosak tak! 


unfortunately and surprisingly, i turned to be a MONSTER! yes, i meant it and you read it right. they started to take granted on my sweet and soft spoken voice (muntah, hahah). but really, they really did that to me. i was so annoyed, i just dont get their points coming to school, not all of them though. but i feel so sorry to them for not understanding the importance of studying! ok i sound like a teacher. yes i am a teacher, hehe, but so rare to hear that from me eh? ;)


they skipped my class, simply left the classroom as they like and they're only 14 years old girls! but frankly, i REALLY and HONESTLY hate when i turned to be a MONSTER, it's just so ugly and i no longer pretty when i turned to be a monster! (selame ni chanteq ke? PANG!, hahaha), and tear almost rolling down my eyes. i was so disappointed...


anyhow, i should say alhamdulillah, i still have another 4 amazing adorable classes. but im not saying the other one is not, perhaps they're younger and they're still enjoying themselves.. i dont know..


and alhamdulillah, im still glad when i could get 3/4 of them to be interested to study and motivated enough to learn English. darls, i dont (cant) fully speak english or else i will just be so narcissist, syok sendiri :p


so please make a do'a for me to stay strong just like all of u! same do'a goes to all of u too! 


salam sayang dari kak sue ;)


-counting days... 
suri,
ck,
11: 45 pm. 1st march, 2011

Bila rindu

Salam adek-beradekku sekalian,


Mahu membebel di sini.


Rindu rasanya dekat korang semua. InshaAllah, aku akan sentiasa curi masa untuk kontek korang semua. By whateva means. Phone call, text messages or emails. Kalau lama tak berhubung tu, bukan maknanya dah lupa. Jauh hanya di mata, tapi di hati dekat sentiasa. Sungguh ni.:)


Alhamdulillah, semua orang dah settle down baik-baik kat sekolah. Buat Sara dan Zack, harap korang tabah-tabah selalu walau jauh dengan famili. Sara mungkin baca ni, tapi Zack macam tak je. Zack pun ada masalah internet juga di sana. Tapi takpelah, hanya doa yang mampu kirim. Jaga diri elok-elok ya, sahabat-sahabatku sekalian. Moga perjalanan kerjaya korang semua dipermudahkan Allah, beroleh kecemerlangan dan dilimpahi kasih sayang anak-anak murid. Tidak lupa juga, terima kaseh juga atas segala ucapan dan doa korang semua minggu lepas. Sebelum tu mimpi, tak ada orang pun ingat. Tak ada orang pun wish. Diri sendiri pun lupa sebab sibuk dengan kerja. Huhu. Mengarut sampai mimpi macam tu. Terima kaseh banyak-banyak kerana membuatkan diri ini rasa seperti dihargai:)


Tadi baca blog Kak Su. Terlihat nota kat bahagian tepi blog kak su. Kali ni, mahu letak sini. Walaupun tak nampak bayang bila bakal menamatkan zaman bujang, dan belum merancang ke arah itu, peringatan kat blog Kak Su ni berguna untuk kita semua kecuali Zack. Ini ibarat Kak Su berpesan kepada kita semua. Kak Su kan? Walaupun kelihatan idealistik, Kak Su cuba memberitahu kita bahawa soal jodoh itu adalah sesuatu yang ghaib dan hanya Allah Maha Kuasa sahaja menentukan segala-galanya. Alhamdulillah, mesej Kak Su jelas dan boleh diterima mudah oleh para pembaca. Ish, ini semua gara-gara rindu pada bebelan Kak Su di apartmen 403A.


Sama-sama mengambil manfaat darinya.


Tolong sampaikan pada si dia
aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..



Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..



Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..



Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..



Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih
milik keluarga..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..



Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan
Yang Esa menjaga dirinya..



Tolong khabarkan pada si dia. Aku
tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..



Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri…Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..



Moga pesananku sampai padanya walau
aku sendiri tidak pasti siapakah si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari
nanti…


Haritu, Cik Karim ada bertanya,

"Kiranya Kak Ena jadi cikgu ah?"

"Ha'ah, jadi cikgu"


Dia bertanya lagi,

"Boleh ke jadi cikgu kalau tak kahwin lagi?"


Gelak besar hari tu. Kalau kahwin jadi syarat wajib, alamatnya memang tak layak sangat jadi cikgu.


Juga, melihat keletah anak-anak murid kat sekolah mengundang banyak rasa. Doa moga kita semua dapat jadi cikgu yang baik-baik. Ameen. Ameen Ya Robb!


Friday, February 18, 2011

i just want to feel belonged

salaam..

when im sitting there all by myself,
trying to complete everything before leaving for home.
and sometimes i listen to their gossips 
without them knowing  there's another extra listener
they speak the same language as mine.
but why couldnt i feel belong?

just sitting there quietly and doing work.
sometimes turning my back if there is anyone who will care to smile back at me.
yes, there are!
but they still look busy with their own business.

what's wrong with me?
why cant i just be the way i used to be?
why it's so hard for me to have trust on others?
what's wrong?
i wish i could just blame the weather.
but that's totally not right!
am i homesick in my own hometown?




sue
jln melati,
3:57 pm. 19th feb, 2011

Thursday, January 13, 2011

Sembang rambang

Salam semua,


Dengar cerita esok tahu posting. Wallahua'alam. Banyak dah sangat dengar khabar angin sebelum ni. Tengok apa jadi esok.


Baru-baru ni ada bersembang dengan Cik Arif.


[1]

"Arif nak masuk sekoloh mana kekgi?"


"Arif nak masuk Sheikh Malek"


"Arif dok minat ke SBP ke, MRSM ke? Bakpe nok masuk Sheikh Malek?"


"Biar jadi alim sket."


Berdebar rasa. Huhu.



[2]

"Ramai dok kawan-kawan sekoloh rendoh Arif masuk Sheikh Malek sekali dengan Arif?"


"Ada ah dalam 3 orang. Dok rama mana"


"Orang puang ada berapa orang?"


"Laa. Tadi kan tanya pasal kawan. Arif mana kawan dengan orang puang"


Doh, bagusla Arif. Matured sungguh jawapan Arif. Huhu.


Arif bagitau, kalau nak sambung belajar nanti, Arif nak masuk universiti yang Islamik sikit. UIA ke, pergi Mesir ke, Madinah ke. Arif bagitau lagi, esok-esok nak kerja dekat pejabat agama, nak buat dakwah. Arif kata dia bukan nak kejar duit, yang penting berjuang untuk agama. Tak tahula mana Arif belajar semua ni. Mungkin jugak Arif ni terpengaruh dengan Haji Man sebab tinggal dengan Haji Man sejak kecik lagi. Semoga Arif berjaya dalam hidup. Ameen.

Sejak akhir-akhir ini, sering 'diganggu' oleh si budak kecik ni. Bila angkat telefon je, rasa nak tergelak dengar suara dia.


Bestnya tengok dia! Gembira 24h.:)

Kalau berbicara, celoteh dia ni. Huhu.

p/s: Jangan lupa kawan-kawan. Baca Surah Al-Kahfi tiap malam Jumaat/ hari Jumaat. Take care semua!


Monday, November 15, 2010

For you, my sisters...


On Friendship
Kahlil Gibran

Your friend is your needs answered.
He is your field which you sow with love and reap with thanksgiving.
And he is your board and your fireside.
For you come to him with your hunger, and you seek him for peace.


When your friend speaks his mind you fear not the "nay" in your own mind, nor do you withhold the "ay."
And when he is silent your heart ceases not to listen to his heart;
For without words, in friendship, all thoughts, all desires, all expectations are born and shared, with joy that is unacclaimed.
When you part from your friend, you grieve not;
For that which you love most in him may be clearer in his absence, as the mountain to the climber is clearer from the plain.
And let there be no purpose in friendship save the deepening of the spirit.
For love that seeks aught but the disclosure of its own mystery is not love but a net cast forth: and only the unprofitable is caught.


And let your best be for your friend.
If he must know the ebb of your tide, let him know its flood also.
For what is your friend that you should seek him with hours to kill?
Seek him always with hours to live.
For it is his to fill your need, but not your emptiness.
And in the sweetness of friendship let there be laughter, and sharing of pleasures.
For in the dew of little things the heart finds its morning and is refreshed.


p/s: I dedicate the song 'Count Me On' by Bruno Mars to my sisters. Always count me on. Actually I want to upload the video clip, but i don't know how...

Friday, November 12, 2010

Sujud syukur

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, rasa bersyukur yang tak terkira semalam. TAHNIAH adek-beradekku semua! Korangla yang paling best! Semoga lebih banyak lagi kecemerlangan yang sama-sama dicapai kelak. Ameen Ya Robb! Stick together till our graduation day!:)





Allah itu Maha Baikkkkkkkk sekali kan kawan-kawan?:)



Saturday, September 25, 2010

nak balik...

RINDU.

Rasa nak balik.

Adeihh....


Homeroom yang paling best!
Segala puji bagiMu Ya Allah!
* It's to love Him, to be loved by Him and to get this inner peace. This is Islam- Tariq Ramadan

Tuesday, September 14, 2010

Akan ku jumpa

Salam alaik!




Azfar- Akan ku jumpa

Ku mengatur langkahku

berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti

Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu


Tidak pernah menonton cerita di Astro ini. Tapi sangat suka pada lagu Azfar ni. Mengingatkan pada Ramadhan.


Malu. Rasa malu. Ramadhan tidak dimanfaatkan sebaiknya.


Semoga Allah Yang Maha Baik dan Maha Pengampun menerima amalan yang sedikit itu.


Bisakah diri ini ketemu Ramadhan lagi?


Ya Allah...Ya Rabbi...

Monday, May 3, 2010

InshaAllah- Maher Zain

Salam adek-beradekku sekalian,

Rasa malula pulak sebab selalu update kat sini. Huhu. Korang kalau ada kelapangan, updatela jugak ye. Boleh jadi kenangan adek-beradek:)

Kat bawah ni official video untuk InshaAllah oleh Maher Zain. Lagu nila dulu yang menjadi peneman setia di Wellington dulu. Yuk sama-sama kuat yuk!





InshaAllah by Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost
Then that you're so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side


Insha Allah
Insha Allah you'll find your way


Every time you commit one more mistake
You feel you can't repent
And there is way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don't despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side


Insha Allah
Insha Allah you'll find your way


Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
O Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one who can show me the way,
Show me the way


Insha Allah
Insha Allah we'll find our way



Allah sentiasa bersama kamu...
Allah is always by your side...
Allah est toujours avec toi...


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. [2:186]


Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [50:16]




* Kagum dengan magis doa:)


Friday, April 16, 2010

Patah hati- Saujana

Salam adek-beradekku sekalian,

Nak share dengan korang ni. huhu. Lagu kat bawah ni best. Kawan dekat Auckland yang buat.





Fasbir sabran jameela...


*Selamat ulangtahun yang ke23 Cah! Sayang kamu banyak2!:D

Thursday, April 1, 2010

A warm heart

Salam adek-beradekku sekalian.

Alhamdulillah. Semua orang dah hantar CS. Tapi agak sedih jugakla sebenarnya bila fikirkan entah apa-apa esei CS tadi. Harapnya elok-elok aja deh.

Di sini, nak update sikit pasal ceramah Madam Vasantha Mallar tadi. Hanya mencatat yang terkesan di hati.:) (Takde pun dia cakap pasal Jusa C kan?)


Antara point menarik:

1. Treat every child like your own and there will be someone who will take care of yours.

Tiba-tiba teringat kat abah kat kampung. Abah pun cakap benda yang sama.


2. There is always a fringe benefit.

Mendidik hati untuk bersyukur.


3. Visualise and actualise!

Bonne chance!


4. When you listen to your own words, you know they come from your heart.

- a BEAUTIFUL heart...


5. When you think your life is down, there will be something waiting for you out there.

Macam ayat Khalil Gibran


6. You don't have to speak like Mat Salleh but what you have to do is to speak the language well.

In three month's time...berdebar nak mengajar dowh...


Di kesempatan ini...


Terima kaseh Mi.

Terima kaseh abah.

Terima kaseh Syidah, Ang, Izzah.

Terima kaseh adek-beradek sixthsenseku.

Terima kaseh semua.

Aku sayang korang!



Friday, March 26, 2010

Isteri solehah-

Salam adek-beradekku sekalian,

Ceramah ni best.

Ustaz Azhar menjawab di mana boleh dicari isteri yang solehah.

Dalam kelakar, ada point. huhu.

Kalau Nad dan Sara kurang faham, boleh bagitau. Nanti kita tolong terjemah deh.:D





* Di mana bisa dicari semangat yang JITU MITU untuk buat assignment? Adeih...

.dari hati: aku sayang kamu.

salaam..
adek beradekku seme sehat? hehe, lame rasenye aku tak update kat sini.
segan pun ade nak update update ni. hehe. gediks okkk!!! :p

so anyway, tadi mase sembang2 *tak habes2 bersembang, patut la jadik cekgu* ngan korang, aku agak tersentuh, makan dalam r nih, haha. bile korang cakap, write la something in our blog, so there will be something for us to share. ala ala cam bile kite dah pencen posting nanti, there will be something for us to remember and make us smile. insyaAllah. there will always be something!! :)

so basically, that's the point of having this blog, for all us to share and keep them as the most beautiful virtual memory we could have other than pictures :)

so gurls, at the moment.,we really are counting days to finish our assignments, tasks, presentation, tests, practicum, etc!! okk boring, tak yah cakap pasal ni. tapi in a way mende ni la yang lead kite to tak saba saba nak habis course ni kan. eh. tak erh? korang nak saambung 5th year erh? hehe. ok tak kelaka
.

tapi jujurnye, aku dah mule rase sayu2, as always la kan. aku rase cam blessed!! kerna aku da korang seme. di ape jue saat keadaan aku. dan kadang2 aku harap kite posting ke sekolah yang same, ke korang tanak dah tengok muke aku? hehe. aku rase cam kalo bole nak stay together dengan korang. ok bunyik tak matang.


jujurnye, aku rase takot sangat nak habiskan final year. ok tipu kalo cakap aku tak saba nak habis course ni. tapi rase die cam bitter-sweet. nak pisah dengan korang, pastu bine haluan sendiri. all by ourselves, make new friends, sewe umah, makan sesorang kalo posting jauh dari umah, etc. the environment will be totally or slightly different.


i dont know when are we going to to reunite again? and kalo dah reunite, ape latest perkembangan kite? dah sambung master ke? dah kawen ke? dah ade anak ke? kalo time tu umor kite dah patpuloh and aku tak kawen lagi, jangan la tanye bile aku nak kawen erk, pastu dah jadik pengetue skolah ke? dah naek pangkat DG52 ke? ke dah jadik jusa C?


tapi seme tu pun kite tak pasti, mane tau, tak sempat nak rangkul unsor unsor keduniaan tu seme, kot kot aku dah pergi. pape hal pun, doakanla aku semoge tenang je kat sane erk, free free sedekah la yassin ke kat aku :)


erh kla, panjang pulak. nanti aku tulis lagi, aku sayang korang seme!! rase macam in denial pulak.


rupanya,
dalam hidup ini,
semua manusia ade keinginan yang serupa
ingin diterima
ingin disayangangi
ingin dicintai
dan semuanya diimpi
agar ia dilakukan seiklas hati





suria
12:36 am.
27th march, 2010

Ekonomi Islam

Salam adek-beradekku sekalian.

Best ceramah ni.




* Oh Allah itu Maha Baik sekali kan? Buat diri ini jadi malu...