Monday, May 3, 2010

InshaAllah- Maher Zain

Salam adek-beradekku sekalian,

Rasa malula pulak sebab selalu update kat sini. Huhu. Korang kalau ada kelapangan, updatela jugak ye. Boleh jadi kenangan adek-beradek:)

Kat bawah ni official video untuk InshaAllah oleh Maher Zain. Lagu nila dulu yang menjadi peneman setia di Wellington dulu. Yuk sama-sama kuat yuk!





InshaAllah by Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost
Then that you're so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go
Don't despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side


Insha Allah
Insha Allah you'll find your way


Every time you commit one more mistake
You feel you can't repent
And there is way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don't despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side


Insha Allah
Insha Allah you'll find your way


Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
O Ya Allah
Guide my steps don't let me go astray
You're the only one who can show me the way,
Show me the way


Insha Allah
Insha Allah we'll find our way



Allah sentiasa bersama kamu...
Allah is always by your side...
Allah est toujours avec toi...


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. [2:186]


Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [50:16]




* Kagum dengan magis doa:)


Friday, April 16, 2010

Patah hati- Saujana

Salam adek-beradekku sekalian,

Nak share dengan korang ni. huhu. Lagu kat bawah ni best. Kawan dekat Auckland yang buat.





Fasbir sabran jameela...


*Selamat ulangtahun yang ke23 Cah! Sayang kamu banyak2!:D

Thursday, April 1, 2010

A warm heart

Salam adek-beradekku sekalian.

Alhamdulillah. Semua orang dah hantar CS. Tapi agak sedih jugakla sebenarnya bila fikirkan entah apa-apa esei CS tadi. Harapnya elok-elok aja deh.

Di sini, nak update sikit pasal ceramah Madam Vasantha Mallar tadi. Hanya mencatat yang terkesan di hati.:) (Takde pun dia cakap pasal Jusa C kan?)


Antara point menarik:

1. Treat every child like your own and there will be someone who will take care of yours.

Tiba-tiba teringat kat abah kat kampung. Abah pun cakap benda yang sama.


2. There is always a fringe benefit.

Mendidik hati untuk bersyukur.


3. Visualise and actualise!

Bonne chance!


4. When you listen to your own words, you know they come from your heart.

- a BEAUTIFUL heart...


5. When you think your life is down, there will be something waiting for you out there.

Macam ayat Khalil Gibran


6. You don't have to speak like Mat Salleh but what you have to do is to speak the language well.

In three month's time...berdebar nak mengajar dowh...


Di kesempatan ini...


Terima kaseh Mi.

Terima kaseh abah.

Terima kaseh Syidah, Ang, Izzah.

Terima kaseh adek-beradek sixthsenseku.

Terima kaseh semua.

Aku sayang korang!



Friday, March 26, 2010

Isteri solehah-

Salam adek-beradekku sekalian,

Ceramah ni best.

Ustaz Azhar menjawab di mana boleh dicari isteri yang solehah.

Dalam kelakar, ada point. huhu.

Kalau Nad dan Sara kurang faham, boleh bagitau. Nanti kita tolong terjemah deh.:D





* Di mana bisa dicari semangat yang JITU MITU untuk buat assignment? Adeih...

.dari hati: aku sayang kamu.

salaam..
adek beradekku seme sehat? hehe, lame rasenye aku tak update kat sini.
segan pun ade nak update update ni. hehe. gediks okkk!!! :p

so anyway, tadi mase sembang2 *tak habes2 bersembang, patut la jadik cekgu* ngan korang, aku agak tersentuh, makan dalam r nih, haha. bile korang cakap, write la something in our blog, so there will be something for us to share. ala ala cam bile kite dah pencen posting nanti, there will be something for us to remember and make us smile. insyaAllah. there will always be something!! :)

so basically, that's the point of having this blog, for all us to share and keep them as the most beautiful virtual memory we could have other than pictures :)

so gurls, at the moment.,we really are counting days to finish our assignments, tasks, presentation, tests, practicum, etc!! okk boring, tak yah cakap pasal ni. tapi in a way mende ni la yang lead kite to tak saba saba nak habis course ni kan. eh. tak erh? korang nak saambung 5th year erh? hehe. ok tak kelaka
.

tapi jujurnye, aku dah mule rase sayu2, as always la kan. aku rase cam blessed!! kerna aku da korang seme. di ape jue saat keadaan aku. dan kadang2 aku harap kite posting ke sekolah yang same, ke korang tanak dah tengok muke aku? hehe. aku rase cam kalo bole nak stay together dengan korang. ok bunyik tak matang.


jujurnye, aku rase takot sangat nak habiskan final year. ok tipu kalo cakap aku tak saba nak habis course ni. tapi rase die cam bitter-sweet. nak pisah dengan korang, pastu bine haluan sendiri. all by ourselves, make new friends, sewe umah, makan sesorang kalo posting jauh dari umah, etc. the environment will be totally or slightly different.


i dont know when are we going to to reunite again? and kalo dah reunite, ape latest perkembangan kite? dah sambung master ke? dah kawen ke? dah ade anak ke? kalo time tu umor kite dah patpuloh and aku tak kawen lagi, jangan la tanye bile aku nak kawen erk, pastu dah jadik pengetue skolah ke? dah naek pangkat DG52 ke? ke dah jadik jusa C?


tapi seme tu pun kite tak pasti, mane tau, tak sempat nak rangkul unsor unsor keduniaan tu seme, kot kot aku dah pergi. pape hal pun, doakanla aku semoge tenang je kat sane erk, free free sedekah la yassin ke kat aku :)


erh kla, panjang pulak. nanti aku tulis lagi, aku sayang korang seme!! rase macam in denial pulak.


rupanya,
dalam hidup ini,
semua manusia ade keinginan yang serupa
ingin diterima
ingin disayangangi
ingin dicintai
dan semuanya diimpi
agar ia dilakukan seiklas hati





suria
12:36 am.
27th march, 2010

Ekonomi Islam

Salam adek-beradekku sekalian.

Best ceramah ni.




* Oh Allah itu Maha Baik sekali kan? Buat diri ini jadi malu...

Tuesday, March 23, 2010

Generasi Adam...

Salam.

Best sungguh update dekat sini. Huhu.

Dulu, masa kitorang kecik-kecik, rata-rata kebanyakan cucu Haji Man Kampung Merbau Patah adalah perempuan. Ada dua tiga orang je sepupu lelaki. Tetapi bila dah masuk millenium ini, generasi adam mula bertambah. Mereka mula menapak dengan lebih kukuh dalam keluarga kitorang. Dan kehadiran mereka sememangnya menjadi kegembiraan kitorang semua. Banyak ragam buat aku tak kering gusi. Kali ni, mahu memperkenalkan hero-hero kampung .



Hero pertama adalah Cik Karim.

Selaku adik bongsuku yang berlainan mak dan juga ayah tapi berdatukkan Haji Man yang sama. Huhu.

Bila ditanya ratusan kali pada Cik Karim,

Sayang enggak pada guwe?

Jawabnya,

Iya, sayang SEPENUH BUMI!

Wow, kagum bangat! Mana jumpa perkataan sepenuh Bumi itu? Huhu. Jangan kelak jadi lelaki bermulut manis ya. AWAS kamu!:)

Memang pemurah Cik Karim ni...hehe





Hero kedua, Cik Wan.(sebelah kanan dalam gambar)

Cik Wan ni anak Che Ngah aku. Pemalu orangnya. Satu benda yang aku notice pasal Cik Wan. Dia suka curi-curi tenung aku. Haha. Bila aku tanya dia soalan, dia mula malu.

Mungkin Cik Wan segan dengan aku. Hehe.

Walaupun Cik Wan anak bongsu, Cik Wan terbukti boleh jadi seorang abang yang baik. Lihat saja kemesraan Cik Wan dengan budak-budak.

Oh ya! Cik Wan sama baya dengan Cik Karim. Tapi Cik Wan suka ejek Cik Karim dengan panggilan "Budak Darjah 5".






Hero ketiga, Cik Ahmad.

Dalam gambar, Cik Ahmad bert-shirt putih. Sila jangan main-main dengan Cik Ahmad.

Cik Ahmad jarang mahu mesra dengan orang lain. Tengok gambar pun dah tahu. Akhirnya aku yang jadi mangsa.

Hanya sekali saja Cik Ahmad mahu berdukung dengan aku. Tu pun macam satu keajaiban. Masa tu, kami menyambut ulangtahun Cik Ahmad yang pertama.

Fakta lain yang menarik tentang Cik Ahmad. Cik Ahmad berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan aku. Huhu. Menarik.





Hero seterusnya ialah Cik Kedib.

Sering kali dipanggil Awang Hitam oleh Haji Man masa Cik Kedib baru berumur beberapa hari. Kesian Cik Kedib. Haji Man Oh Haji Man!

Cik Kedib kaya dengan aksi dan ragam. Bagi aku, Cik Kedib ni kelakar. Dia suka tunjuk giginya yang rongak kat aku. Entah apa motifnya. Sambil Cik Kedib berkata, "Gigi adik rongak". Hehe.

Aku kagum meng"observe" Cik Kedib. Cik Kedib men"acquire" tatabahasa Melayu Terengganu dengan cepat sekali. Aku pernah berkata,

"Ya Allah, panas so'oh..." (maksud:cuaca panas sangat)

Lalu Cik Kedib cuba bermesra denganku dengan berkata,

"Oh panas jeruk?"

Aku tergelak! Bukan panas jeruk Kedib. Tapi peluh jeruk.(maksud: berpeluh banyak)...:))




Cik Wan melayan kerenah Cik Kedib. Dua orang ni memang "ngam" abis.




Yang ni paling tak tahan. Entah mainan apa ini? Haha.


Sebenarnya ada beberapa hero lagi. Tapi gambar tidak boleh diupload atas sebab-sebab tertentu. Huhu.

Sekian.


Friday, March 19, 2010

Aha!


Sara, i just found it from somewhere! (u know it, rite?) Thanks dear! :)

Heaps of fun and joy...:)

Saturday, February 27, 2010

Kau mencintaiku




Kau mencintaiku
Seperti bunga mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyalah

Kau mencintaiku
Seperti matahari mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa


Rindu kat adik-adik kat kampung. Cinta sangat diorang! Aku mahu adik-adikku gembira selalu. Oh aku berjiwa kakak!


Friday, February 26, 2010

Sejadah cinta

Daripada Abdullah ibn Abbas, Rasulullah SAW pernah berdoa:


Ya Allah,
aku berserah kepada Engkau,
aku beriman kepada Engkau,
aku bertawakal kepada Engkau,
aku kembali kepada Engkau,
dan aku berjuang kerana Engkau


Ya Allah,
aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan Engkau,
tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Engkau,
Janganlah aku disesatkan
Engkau yang hidup dan tidak akan mati
Sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati



(Hadis riwayat al-Bulhari dan Muslim)





Berdoa sungguh-sungguh
Penuh pengharapan
Percaya doa itu bisa termakbul jua
Andai bukan di dunia
Pasti di akhirat sana
Yang bakal menjadi hujah penyerahan
Bagi menghadapNya
Ya Rahman Ya Raheem

Saturday, February 20, 2010

Heart-soothing...

Salam.

Sudah jatuh cinta dengan video-video Can Atilla ini...



Sangat 'lembut'



Sayang tak faham maksud



Kat mana bisa dicari albumnya?

* Gagah perkasa Diana!

Friday, December 4, 2009

For them

Assalamualaikum adek-beradekku sekalian...

Apa khabar korang semua kat rumah? Rindu sangat kat korang semua tau(Entah korang baca ke tidak entri ini.huhu).Mesti semua orang sedang menikmati waktu lapang bersama keluarga tercinta sekarang ini. Wah ayatku tidak agak-agak sekali. Keep in touch ok semua orang. Aku pulang ke blog ini gara-gara rindu kat korang semua.:D

Sebenarnya nak kasi hadiah ni. Barang baik punyala ni. Haha.




Video ini mengingatkan aku pada kata-kata Allahyarham Malcolm X dalam ucapan "Housing and Self Defense Harlem 1964".

When you live in a poor neighbourhood,
you're living in an area where you have to have poor school
when you have poor school, you have poor teacher
when you have poor teacher, you get the poor education
when you get the poor education, you are destined to be
a poor man and a poor woman the rest of your life.

Kata-kata ini masih relevan hingga kini.

Kita bakal cikgu. And seriously, diri ini dah mula rasa takut.

May Allah the Most Kind bestow us strength to be a good teacher in the future. Ameen Ya Robb.

Aja aja fighting! :)

Friday, November 27, 2009

Satu penghargaan

Hmmmm....
Hujan lagi hari ini.
Hujan. Berangin. Hujan. Cuma nasib baik bukan ribut taufan.
Aku hairan pada mereka yang mengeluh akan hujan.
Walhal hujan itu rahmat.
Hujan juga yang menyejukkan bumi, mengurang haba yang kedap memerangkap atmosfera.
Hujan yang menyuburkan tanaman, menyegarkan alam dan menghidupkan makhluk Tuhan.

Jadi.
Jangan marah pada hujan.
Hujan itu baik wahai teman.
Aku suka hujan.
Air yang turun dari atas langit menyegarkan.
Ibarat salju yang menyuburkan sanubari.
Bagiku hujan itu air mata.

Iya.
Bumi menangis wahai teman.
Kerna bumi sudah tidak aman. Sudah tidak tahan. Sudah tak keruan.
Kesian.
Aku sayang hujan. Agaknya hujan sayang aku tak?

Aku yakin hujan sayang aku.
Hujan turun sebab dia tahu aku suka hujan.
Kalau panas aku cepat demam.
Hujan mengurangkan haba dalam badan.
Lantas aku suka hujan.
Terima kasih hujan.
Terima kasih Tuhan..=)




Friday, October 23, 2009

Pelengkap hari

Salam adek-beradekku sekalian.

Wah wah terasa gembira dua hari ni. Projek shopping terancak sedunia telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah. Berikut merupakan pelengkap hariku. Nak pinjam, cakap je tau. Bila-bila masa pun boleh:)


Murah beb!


The major works of Sigmund Freud...


Cari "Talking peace" tapi jumpa yang ni...ok je..eheh


Beginner:)

“Books are not a commodity to be hoarded or collected, but were to be used and shared”


Terima kaseh Ya Allah!

Terima kaseh adek-beradekku!


Semoga kegembiraan itu bertebaran ke seluruh alam. Ameen.

*Cah, kite tanding dua ni...*wink*


Monday, October 19, 2009

Sarang, Amoure, Cinta?

Jason Mraz, Life is wondeful, my Fav song.


I love that quotation.
Sometimes we think we know ALL about
L-O-V-E.
We are actually blind about
LOVE.

But once u love someone unconditionally,
Just love who they are.
Remember that,
Instead of hoping others to behave in accords of our own standard,
We are the
ONE who needs to do critical introspection.
Accept others like
ALLAH accepts us.

Because we are only HUMAN.
Yes, we are Human.



Hari itu pasti muncul..



My Conversation Station


I Converse in words which have meanings.

Seize the moments in NZ.
Da remaining days are aro
und 41 days.
Apparently, dat is not the exact remaining days.
'Force' to attend 2 WEEKS course.
Subtracts 14 Days,
Equals to 27 days.
Dont' forget to minus the days to
clean the room.
We need to find a shelter on 16th Nov.
So, we need to subtract 5 days.
In numerology, the exact total of remaining days is only 22days!
Still have tons of things-or-activities-have-to-do-in-Welly.
It's not plenty.
The activities require the shiny Sunshine.

But, ALLAH KNOWS THE BEST :D

On hold and still holding.
Just finished closing all the 'stocks' for this trimester.

Gosh, we all need MONEY to accomplish all the things before flying to Malaysia.
Indeed, all o
f us.
No money no talk.
Thinking of this, I could hear the sound of heavy breathing.

Then, i reckon i should dog-
earing all the books.
Yup ECLIPSE is waiting! Oh Edward! Oh Jake! :D
Maybe in different spots!
At the beach,
At the greeny grass,
Under a flowery tree,
Sitting on a bench viewing Oriental Bay,
In a shop?,
While eating
ice cream.
Yeay, Love that!


Love So Ji Sup's acting!


Sunday, October 18, 2009

Bolehkah aku menaruh kepercayaan padamu?



"Got a secret
Can you keep it?
Swear this one you'll save
Better lock it, in your pocket
Taking this one to the grave"



Kepercayaan ibarat memegang kaca yg paling nipis. Sekali pecah, selamanya akan hancur dan sukar untuk dicantum balik.Dan mungkin tidak akan tercantum lagi...

mengapa harus memungkirinya,
sedangkan aku menaruh harapan?
mengapa perlu menidakkan?
sedangkan aku mengiyakan.
mengapa kepercayaan sudah terkubur di hatiku?
ketika aku amat mempercayai.
Hancur.
Sedih.

Friday, October 16, 2009

Jatuh cinta

Salam adek-beradekku sekalian.


Rasa macam dah jatuh cinta dengan blog Adek-beradek kita yang dah bersarang lama ni. Haha. Best jugak ya update di sini. Kena rajin-rajin singgah sini selalula lepas ni.

Sebagai tanda kaseh dan sayang, nak kasi hadiah sket ni. Tiga menda ni really made my day! Ececeh...




Bergaya molek...



I think of You. Yuhoo! :)



Suka ah dengan yang ni...(minit ke 6:12)

I wish Islam was a coat that you can buy it in the store and just put it on and suddenly you're Muslim but it's not. It's not acquired with ease. It's painfully acquired.


Segala puji itu hanya milik Allah:)



Thursday, October 15, 2009

Sense of humour

Salam adek-beradekku sekalian...


Ini adalah entri yang bakal me"lagho"kan. Huhu. Tapi diupdate di sini sebagai kenangan comel di Bumi Wellington...


Sedang menjawab ujian RELI 252…


Section 1 (Multiple choice)


Ada dua soalan yang SANGAT menarik perhatian


*soalan diedit sedikit sebab tak ingat exactnya tapi lebih kurang macamni la.


Soalan pertama


In El Fadhl, the inventory term introduced was

a) Salafabis

b) WANNABES

c) BUZZYBEES


Mana satu jawapan?


Soalan kedua


Al-Afghani is generally known as

a) being the namesake of tasty chocolatey biscuit

b) designer for modern Muslim women hijab

c) global renewer from the South Asia


Sudah terang lagi bersuluh dah yang mana satu jawapannya...


Ada lagi ni.


Ditemui dalam course outline.


Cara nak buat referencing.


Contoh diberi:


a) Following Scrimgeour

b) Lockhart contends that

c) Bagshot remarks insightfully that

d) Binns informs us that


Pelaku pertama: Nama watak Professor dalam cerita Harry Potter and the Half- Blood Prince


Pelaku kedua : Nama watak Professor dalam cerita Harry Potter lagi, kali ni dari Harry Potter and the Chamber of Secret


Pelaku ketiga : Nama Professor lagi yang amat glamour dengan penulisannya, A History of Magic, nyanyuk di hari tua akibat disihir oleh si Voldermort yang berhati jahat


Pelaku keempat: Ingat tak dengan Professor yang paling rendah sekali dalam cite Harry Potter tu? Yang pakai spek tu? Haa, yang tu la Professor Binns.


Sori korang, inilah jadinya bila Peminat Harry Potter mula berbicara…Huhu


* Kesimpulan: Banyak sungguh idea lecturer kita yang seorang ni ya



Tuesday, October 13, 2009

Never forget 2

Salam adek-beradekku sekelian,

Jumpa versi lagi baik ah. Huhu. Ni semua gara-gara test RELI esok la ni. Jadi tak keruan pula.