Resipi bakso ni mulanya diambil dari sini. Tapi saat-saat terakhir banyak pulak yang terpaksa dialter (bahan tak cukup+malas). Boleh guna resipi asal atau guna yang berikut sahaja. Mana-mana pun boleh.('',)
Cadangan hidangan 12 orang (ini sudah lebih sebenarnya)
Bahan-bahan:
2 bungkus Mee Hoon 400gm (celur macam biasa)
Untuk bebola:
Dua keping daging lembu kedai Halal Butcher
1 labu bawang putih
Tepung jagung secukupnya
Lada sulah dan garam secukupnya
Untuk kuah:
3 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
Air
Rempah soto
Air rebusan ayam
Lada sulah
Sup bunjut secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan-bahan hiasan:
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Taugeh
Ayam siat-siat (buat ala-ala soto)
Kicap berlada (kicap manis yang dicampur dengan cili padi, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk)
Cara-cara penyediaan:
1. Celur mee hoon
2. Untuk kuah, tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan air. Tambah rempah soto dan air rebusan ayam.
4. Untuk penambah rasa, masukkan sup bunjut, lada sulah dan garam secukupnya.
5. Untuk bebola daging, kisar daging sampai hancur.
6. Gaul semua bahan untuk membuat bebola sehinggalah boleh bentuk bebola daging.
7. Masukkan ke dalam kuah yang mendidih. Bila masak je, bebola tu akan terapung.
Ok sudah siap untuk hidangan!:)