Friday, March 26, 2010

Isteri solehah-

Salam adek-beradekku sekalian,

Ceramah ni best.

Ustaz Azhar menjawab di mana boleh dicari isteri yang solehah.

Dalam kelakar, ada point. huhu.

Kalau Nad dan Sara kurang faham, boleh bagitau. Nanti kita tolong terjemah deh.:D





* Di mana bisa dicari semangat yang JITU MITU untuk buat assignment? Adeih...

.dari hati: aku sayang kamu.

salaam..
adek beradekku seme sehat? hehe, lame rasenye aku tak update kat sini.
segan pun ade nak update update ni. hehe. gediks okkk!!! :p

so anyway, tadi mase sembang2 *tak habes2 bersembang, patut la jadik cekgu* ngan korang, aku agak tersentuh, makan dalam r nih, haha. bile korang cakap, write la something in our blog, so there will be something for us to share. ala ala cam bile kite dah pencen posting nanti, there will be something for us to remember and make us smile. insyaAllah. there will always be something!! :)

so basically, that's the point of having this blog, for all us to share and keep them as the most beautiful virtual memory we could have other than pictures :)

so gurls, at the moment.,we really are counting days to finish our assignments, tasks, presentation, tests, practicum, etc!! okk boring, tak yah cakap pasal ni. tapi in a way mende ni la yang lead kite to tak saba saba nak habis course ni kan. eh. tak erh? korang nak saambung 5th year erh? hehe. ok tak kelaka
.

tapi jujurnye, aku dah mule rase sayu2, as always la kan. aku rase cam blessed!! kerna aku da korang seme. di ape jue saat keadaan aku. dan kadang2 aku harap kite posting ke sekolah yang same, ke korang tanak dah tengok muke aku? hehe. aku rase cam kalo bole nak stay together dengan korang. ok bunyik tak matang.


jujurnye, aku rase takot sangat nak habiskan final year. ok tipu kalo cakap aku tak saba nak habis course ni. tapi rase die cam bitter-sweet. nak pisah dengan korang, pastu bine haluan sendiri. all by ourselves, make new friends, sewe umah, makan sesorang kalo posting jauh dari umah, etc. the environment will be totally or slightly different.


i dont know when are we going to to reunite again? and kalo dah reunite, ape latest perkembangan kite? dah sambung master ke? dah kawen ke? dah ade anak ke? kalo time tu umor kite dah patpuloh and aku tak kawen lagi, jangan la tanye bile aku nak kawen erk, pastu dah jadik pengetue skolah ke? dah naek pangkat DG52 ke? ke dah jadik jusa C?


tapi seme tu pun kite tak pasti, mane tau, tak sempat nak rangkul unsor unsor keduniaan tu seme, kot kot aku dah pergi. pape hal pun, doakanla aku semoge tenang je kat sane erk, free free sedekah la yassin ke kat aku :)


erh kla, panjang pulak. nanti aku tulis lagi, aku sayang korang seme!! rase macam in denial pulak.


rupanya,
dalam hidup ini,
semua manusia ade keinginan yang serupa
ingin diterima
ingin disayangangi
ingin dicintai
dan semuanya diimpi
agar ia dilakukan seiklas hati





suria
12:36 am.
27th march, 2010

Ekonomi Islam

Salam adek-beradekku sekalian.

Best ceramah ni.




* Oh Allah itu Maha Baik sekali kan? Buat diri ini jadi malu...

Tuesday, March 23, 2010

Generasi Adam...

Salam.

Best sungguh update dekat sini. Huhu.

Dulu, masa kitorang kecik-kecik, rata-rata kebanyakan cucu Haji Man Kampung Merbau Patah adalah perempuan. Ada dua tiga orang je sepupu lelaki. Tetapi bila dah masuk millenium ini, generasi adam mula bertambah. Mereka mula menapak dengan lebih kukuh dalam keluarga kitorang. Dan kehadiran mereka sememangnya menjadi kegembiraan kitorang semua. Banyak ragam buat aku tak kering gusi. Kali ni, mahu memperkenalkan hero-hero kampung .



Hero pertama adalah Cik Karim.

Selaku adik bongsuku yang berlainan mak dan juga ayah tapi berdatukkan Haji Man yang sama. Huhu.

Bila ditanya ratusan kali pada Cik Karim,

Sayang enggak pada guwe?

Jawabnya,

Iya, sayang SEPENUH BUMI!

Wow, kagum bangat! Mana jumpa perkataan sepenuh Bumi itu? Huhu. Jangan kelak jadi lelaki bermulut manis ya. AWAS kamu!:)

Memang pemurah Cik Karim ni...hehe





Hero kedua, Cik Wan.(sebelah kanan dalam gambar)

Cik Wan ni anak Che Ngah aku. Pemalu orangnya. Satu benda yang aku notice pasal Cik Wan. Dia suka curi-curi tenung aku. Haha. Bila aku tanya dia soalan, dia mula malu.

Mungkin Cik Wan segan dengan aku. Hehe.

Walaupun Cik Wan anak bongsu, Cik Wan terbukti boleh jadi seorang abang yang baik. Lihat saja kemesraan Cik Wan dengan budak-budak.

Oh ya! Cik Wan sama baya dengan Cik Karim. Tapi Cik Wan suka ejek Cik Karim dengan panggilan "Budak Darjah 5".






Hero ketiga, Cik Ahmad.

Dalam gambar, Cik Ahmad bert-shirt putih. Sila jangan main-main dengan Cik Ahmad.

Cik Ahmad jarang mahu mesra dengan orang lain. Tengok gambar pun dah tahu. Akhirnya aku yang jadi mangsa.

Hanya sekali saja Cik Ahmad mahu berdukung dengan aku. Tu pun macam satu keajaiban. Masa tu, kami menyambut ulangtahun Cik Ahmad yang pertama.

Fakta lain yang menarik tentang Cik Ahmad. Cik Ahmad berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan aku. Huhu. Menarik.





Hero seterusnya ialah Cik Kedib.

Sering kali dipanggil Awang Hitam oleh Haji Man masa Cik Kedib baru berumur beberapa hari. Kesian Cik Kedib. Haji Man Oh Haji Man!

Cik Kedib kaya dengan aksi dan ragam. Bagi aku, Cik Kedib ni kelakar. Dia suka tunjuk giginya yang rongak kat aku. Entah apa motifnya. Sambil Cik Kedib berkata, "Gigi adik rongak". Hehe.

Aku kagum meng"observe" Cik Kedib. Cik Kedib men"acquire" tatabahasa Melayu Terengganu dengan cepat sekali. Aku pernah berkata,

"Ya Allah, panas so'oh..." (maksud:cuaca panas sangat)

Lalu Cik Kedib cuba bermesra denganku dengan berkata,

"Oh panas jeruk?"

Aku tergelak! Bukan panas jeruk Kedib. Tapi peluh jeruk.(maksud: berpeluh banyak)...:))




Cik Wan melayan kerenah Cik Kedib. Dua orang ni memang "ngam" abis.




Yang ni paling tak tahan. Entah mainan apa ini? Haha.


Sebenarnya ada beberapa hero lagi. Tapi gambar tidak boleh diupload atas sebab-sebab tertentu. Huhu.

Sekian.


Friday, March 19, 2010

Aha!


Sara, i just found it from somewhere! (u know it, rite?) Thanks dear! :)

Heaps of fun and joy...:)