Sunday, April 26, 2009

Nota Kelas Hari Ahad..

Salam adek-beradekku sekelian. Moga-moga kalian terus-terusan gembira, ceria, sihat dan bersemangat selalu hendaknya.^-^

Ini adalah "update" untuk nota kelas Sister Rehanna tadi. Tapi yang ni bukan penuhlah. Nak masuk semua tak muat (alasan tak logik betul..haha). Marilah kita sama-sama memperingatkan satu sama lain deh. Sayang sangat tau kat korang semua. (^-^)v

Tanda-tanda kecil kiamat:

1.The prophethood of Muhammad SAW

Diperjelaskan bahawa tanda-tanda kecil kiamat sudah bermula semenjak zaman Rasulullah SAW lagi. Ia diibaratkan seperti seutas rantai yang apabila dipotong, manik-maniknya akan bertaburan keluar. Maksudnya,sekali tanda dah keluar, yang lain akan "flow".

2.The widespread of nakedness

"Nakedness" di sini merujuk kepada isu aurat yang mula dipandang remeh.

3.The trustworthy will be regarded as untrustworthy while the untrustworthy will gain the trust from the public.

Sebagai contoh, politik. Tiba-tiba teringat pada kata-kata Imran Hosein, manusia akhir zaman ni sebagai contoh ahli politik boleh menipu secara terang-terangan tanpa rasa bersalah. A monstrous lie, ikut kata beliau. Dah terang dah tipu tapi orang masih juga percaya. Moga Allah swt menitipkan Nur di hati kita supaya kita nampak sesuatu benda tu sepertimana dia yang sebenarnya. Ameen.

4.People dispute over small issues

Mintak jauh sangat-sangat kita semua jadi macam ni. Sayang tau korang. Nak mintak maaf sangat-sangat atas segala salah silap selama ni. Akukan manusia biasa. Ececeh. Moga Allah SWT merahmati persahabatan kita semua. Ameen.

5.Children become the grief source for their parents.

Mintak jauh juga yang ini. Moga kita semua dapat jadi anak-anak yang baik. Ameen. Mari kita bersama-sama menjadi yang terbaik untuk mereka ya wahai teman-temanku sekalian. InshaAllah.

Cuba rujuk Surah Al-Kahfi yang ada sebut pasal kisah Nabi Khaidir bunuh budak lelaki tu. Yang ni ada kaitan dengan apa yang Sister Rehanna cakap tadi.

6.The abundance of illegitimate child

Rasa nak gelak juga bila Sister Rehanna cakap beliau keliru dengan penggunaan perkataan "partner" kat sini. My partner?

7.The musical instrument will become prevalent

Mana-mana sahaja ada muzik. Rasanya macam relevan juga AMP Model yang kita belajar dulu. Apa yang kita "terima", sedikit sebanyak boleh mempengaruhi jenis orang yang macammana kita ni.

Bercakap pasal muzik, teringat pula kata-kata Sheikh Hamza Yusuf. Korang boleh rujuk di sini.Pada minit 9.31.

"Music is a very powerful way of controlling the mind of the masses"

Tambahan, Syeikh Khalid cakap (tak tahu Sister Rehanna rujuk Syeikh Khalid yang mana), ada tiga jenis muzik.

a) music which leads you to Allah SWT (zikr, nasheed)
b) music which is neutral
c) music which leads you to your lowest self, NAFS

8.The widespread of extremism

Yang ni Sister Rehanna cakap kita perlulah bersederhana dalam beragama. Maksud bersederhana di sini ialah ikut apa yang telah disyariatkan kepada kita. Tak perlu berlebih-lebihan sampai buat "suicide bombing".

Teringat pulak pada apa yang Jaimee cakap tempoh hari.

"I was so shocked when some Muslim youth claims that they have strived harder for the sake of their religion. In most ways, they believe that they are representing the religion. And then I started to question myself. What have I been representing for?"

*Terkesan betul kata-kata ni.

9.The widespread use of toxicants

Yang ni merujuk bukan sahaja kepada "racun" seperti dadah tapi juga kepada racun pemikiran seperti TV dan permainan komputer. Tiba-tiba pula terasa tengah ulangkaji EDUC 228. hehe.

10.The abundance of criticism, backbite

Menularnya gosip-gosip liar. Manusia seakan lebih berminat nak ambil tahu tentang hal orang lain yang tiada kaitan pun dengan mereka. Yang perlu diambil tahu, dipandang remeh sebaliknya. Moga kita adek-beradek terhindar daripada semua ni. Tolong ingatkan aku ya kalau-kalau aku lupa. Terima kaseh.:)

InshaAllah, ada banyak sebenarnya surah dan ayat-ayat yang boleh jadi bekalan kita. Kalian boleh rujuk sini untuk itu. Sekurang-kurangnya dah boleh beramal sedikit daripada ini pun sudah cukup baik. InshaAllah. Moga hati-hati kita semua sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. Ameen.

Sekian dahulu untuk kali ni. Lain kali aku update pasal resipi pulak. InshaAllah. Tapi lepas hantar "assignment" Frenchla. haha. tak berupdatela kalau macamtu!

No comments: