Showing posts with label selera. Show all posts
Showing posts with label selera. Show all posts

Sunday, July 26, 2009

Bakso main-main

Salam adek-beradekku sekalian.

Resipi bakso ni mulanya diambil dari sini. Tapi saat-saat terakhir banyak pulak yang terpaksa dialter (bahan tak cukup+malas). Boleh guna resipi asal atau guna yang berikut sahaja. Mana-mana pun boleh.('',)

Cadangan hidangan 12 orang (ini sudah lebih sebenarnya)

Bahan-bahan:
2 bungkus Mee Hoon 400gm (celur macam biasa)


Untuk bebola:
Dua keping daging lembu kedai Halal Butcher
1 labu bawang putih
Tepung jagung secukupnya
Lada sulah dan garam secukupnya


Untuk kuah:
3 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
Air
Rempah soto
Air rebusan ayam
Lada sulah
Sup bunjut secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan-bahan hiasan:
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Taugeh
Ayam siat-siat (buat ala-ala soto)
Kicap berlada (kicap manis yang dicampur dengan cili padi, bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk)


Cara-cara penyediaan:
1. Celur mee hoon
2. Untuk kuah, tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan air. Tambah rempah soto dan air rebusan ayam.
4. Untuk penambah rasa, masukkan sup bunjut, lada sulah dan garam secukupnya.
5. Untuk bebola daging, kisar daging sampai hancur.
6. Gaul semua bahan untuk membuat bebola sehinggalah boleh bentuk bebola daging.
7. Masukkan ke dalam kuah yang mendidih. Bila masak je, bebola tu akan terapung.




Ok sudah siap untuk hidangan!:)


Monday, May 4, 2009

Ayam Percik bila dimakan bersama Nasi Kerabu

Assalamualaikum adek-beradekku sekelian. Aku telah meninggalkan pesan sebentar tadi pada encik kegembiraan. Pesan yang khas buat kalian. Kalian yang sentiasa istimewa di hatiku ini. Moga encik kegembiraan tidak mungkir janji. Janji untuk terus menjadi peneman setia kalian. Moga-moga begitu hendaknya.^-^

Seperti yang dijanjikan...

Ini adalah resipi arwah nenekku. Percik ni ada banyak jenis. Bergantung pada orang yang masak. Ada yang warna merah, ada yang warna oren. Tapi aku punya resipi ni warna kuning cerah sket. Haha. Macam korang tak tahu pula. Tapi ayam ni lagi sedap kalau boleh panggang atau buat ala-ala barbeku. Tapi memandangkan "teknologi" ACI bagus, kita bakar je ek. Senang wak kira dok?:)

Ni resipi untuk seekor ayam. Mak aku kat rumah biasa masak ayam yang belah empat tu. Tapi memandangkan kat sini selalu beli ayam "portion", boleh aja deh. Tapi kan kalau ayam kerat empat tu lagi menarik. Boleh merapatkan ukhuwah bila cubit ayam ramai-ramai kan. Haish, betul ke tidak ayat aku ini? Hoho. Panjangla pulak mukadimah. Ok, kita teruskan dengan resipi.

Bahan perap ayam:
Ayam seekor atau 10 ketul
Bawang putih seulas
Halia seinci
Serbuk kunyit
Sedikit garam

Bahan untuk kuah:
Santan (pekat)
1 labu bawang besar
2 atau 3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Halia (sebesar ibu jari kaki)
Lada lumat hujung sudu
Sedikit air asam jawa
Serai dititik (pilihan)
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

Ayam diperap selama satu jam hingga dua jam.



Sementara menunggu ayam diperap, sediakan kuah.

Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam santan yang di masak atas dapur. Pastikan santan pekat dan tidak "serawa". Kalau korang rasa kuah korang agak cair, boleh tambah bawang besar lagi. Bawang besar ni boleh memekatkan kuah.

Masukkan sedikit lada lumat. Jangan banyak sangat. Nanti jadi warna merah pulak. Huhu. Lepas tu masukkan sedikit air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Boleh letak serai untuk penambah rasa. Masak sampai kuah itu pekat.




Bakar ayam pada suhu 180. Kalau panggang lagi mengancam kesannya. Bakar untuk beberapa minit, lepas tu curahkan kuah tadi ke atas ayam. Lepas tu bakar lagi sampai kering kuah. Lepas tu curah lagi kuah. Lepas tu bakar lagi sampai kering kuah. Ulang sampai masak.





Inilah hasilnya. Boleh dimakan bersama Nasi Kerabu, Solok lada (betul ke tak eja ni), dan sewaktu dengannya.



Lain kali masak Nasi Kerabu lagi nak tak? Tak puas makan lagi rasanya. Serius ni. Ehehe.