Tuesday, March 1, 2011

Bila rindu

Salam adek-beradekku sekalian,


Mahu membebel di sini.


Rindu rasanya dekat korang semua. InshaAllah, aku akan sentiasa curi masa untuk kontek korang semua. By whateva means. Phone call, text messages or emails. Kalau lama tak berhubung tu, bukan maknanya dah lupa. Jauh hanya di mata, tapi di hati dekat sentiasa. Sungguh ni.:)


Alhamdulillah, semua orang dah settle down baik-baik kat sekolah. Buat Sara dan Zack, harap korang tabah-tabah selalu walau jauh dengan famili. Sara mungkin baca ni, tapi Zack macam tak je. Zack pun ada masalah internet juga di sana. Tapi takpelah, hanya doa yang mampu kirim. Jaga diri elok-elok ya, sahabat-sahabatku sekalian. Moga perjalanan kerjaya korang semua dipermudahkan Allah, beroleh kecemerlangan dan dilimpahi kasih sayang anak-anak murid. Tidak lupa juga, terima kaseh juga atas segala ucapan dan doa korang semua minggu lepas. Sebelum tu mimpi, tak ada orang pun ingat. Tak ada orang pun wish. Diri sendiri pun lupa sebab sibuk dengan kerja. Huhu. Mengarut sampai mimpi macam tu. Terima kaseh banyak-banyak kerana membuatkan diri ini rasa seperti dihargai:)


Tadi baca blog Kak Su. Terlihat nota kat bahagian tepi blog kak su. Kali ni, mahu letak sini. Walaupun tak nampak bayang bila bakal menamatkan zaman bujang, dan belum merancang ke arah itu, peringatan kat blog Kak Su ni berguna untuk kita semua kecuali Zack. Ini ibarat Kak Su berpesan kepada kita semua. Kak Su kan? Walaupun kelihatan idealistik, Kak Su cuba memberitahu kita bahawa soal jodoh itu adalah sesuatu yang ghaib dan hanya Allah Maha Kuasa sahaja menentukan segala-galanya. Alhamdulillah, mesej Kak Su jelas dan boleh diterima mudah oleh para pembaca. Ish, ini semua gara-gara rindu pada bebelan Kak Su di apartmen 403A.


Sama-sama mengambil manfaat darinya.


Tolong sampaikan pada si dia
aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..



Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
ibu bapanya..



Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..



Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..



Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih
milik keluarga..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..



Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan
Yang Esa menjaga dirinya..



Tolong khabarkan pada si dia. Aku
tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..



Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana
aku tidak mampu memberitahunya
sendiri…Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa
si dia..



Moga pesananku sampai padanya walau
aku sendiri tidak pasti siapakah si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa
memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan
santunnya dan bertemu mawar berduri
yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga
engkau bertemu diriku suatu hari
nanti…


Haritu, Cik Karim ada bertanya,

"Kiranya Kak Ena jadi cikgu ah?"

"Ha'ah, jadi cikgu"


Dia bertanya lagi,

"Boleh ke jadi cikgu kalau tak kahwin lagi?"


Gelak besar hari tu. Kalau kahwin jadi syarat wajib, alamatnya memang tak layak sangat jadi cikgu.


Juga, melihat keletah anak-anak murid kat sekolah mengundang banyak rasa. Doa moga kita semua dapat jadi cikgu yang baik-baik. Ameen. Ameen Ya Robb!


3 comments:

fsj said...

hahah, kaksu nak jawab kat karim ni, kaksu and the gang tak dapat gaji lagi jadik cigu, agaknye sbb tak kawen lagi tak? haaha, comil je, lenguh saye suke :p

hurm, peringatan ni saye amek dari kawan shida, tp in a way saye pun nak memaksudkan nye.. eh memang dah sampai usie kene kawen eh kite seme ni? ;)

dianakamal said...

Cik Karim beso doh leni. Kadang-kadang dia macam malu-malu je. Nok suke pula bila tengok dia gitu. Apapun adiblah yang paling glamour sekarang. Tambah cik ang ngan cik arshad pulak leni.

Owh, memang tepat sangkaan saya. Kak su memang memaksudkannya. Memang dokleh main-main dengan kak su.

fsj said...

ala ala ala! beso dah cik karim, tak lame dapat sepupu ipo dah la kakena ni :p
cik ang nge cik arshad bakal menaiki takhta geleme besame adib ni, amek tapuk kepopularan cik karim, heheh.

eh dop le main2 boh, kite serious ni :p