Tuesday, April 28, 2009

.aku oh hati.

Say, "O my servants who have transgressed against their souls! Despair not of the mercy of Allah: for Allah forgives all sins for He is often forgiving, most merciful
(Az-Zumar:53)


Allah sangat baik kan kawan.
Berapa banyak salah kita.
Betapa besar dosa kita.
Dia tetap ampunkan.
Sedangkan aku, hamba.
Susah amat mahu maafkan kesalahan orang.
Sampai jadi wabak dalam hati.
Kalau maaf pun, tidak lupa.
Aduh hatiku.
Bila mahu jadi cantik?
Sekurang-kurangnya cantik sedikit daripada sekarang.
Ajarkan aku kawan...

Sunday, April 26, 2009

roti keju

sebenarnye aku tak reti sangat buat roti,
roti aku kadang tu lembut mengalahkan roti super soft cap top tu lagi,
kadang tu, die boleh mengekalkan bentuk dan struktur asal walopun dilantun ke dinding. tapi aku tak lantunkan la, just hipotesis jela :D

tapi alhamdulillah, jadik pulak roti aku arini even paras rupe die takde r chun sangat, tp ade aku kisah? hehe.

bahan2
-125g yis (sepeket)
-tepung protein tinggi/ tepung roti
-minyak masak/ mentega
-air sejuk
-garam
-gule

cara-cara
-rendam yis 15 minit.
-gaulkan sebati bahan kering yang lain
-campurkan seme bahan bahan dan uli sampai licin
-biarkan die dalam 30-45minit
-uli sket dan bentukkan die
-bakar dalam 180degree sampai masak
-keluarkan dan tabur cheese.

p.s- aku tak letak amount setiap bahan sbb aku tak timbang tadi, sebab tula roti aku sentiase pelbagai, pembulah ubah manipulasi banyak sangat :p



tak chun, tapi aku gembire sbb lembut. lembutkan korang? ala lembut la dari yang sembelom ni. tapi sikek hangus kes aku biarkan lame sangat duk main pet society ni ha. hish, lagho :D

kakak nombor 2
wellington
11:01 malam. 26 april 2009. ahad

oui, je suis jalouse.


salam..

pertame sekali time kaseh buat maryam yang mengeshare sunday lecture tadi kat sini, mekaseh maryam, saye lupe nak bawak pen, make konon2 terus ditaip di memory la, konon2 jela, tapi nampaknye tidak sepenuhnye. isi isi kelas tadi seperti yang kite pernah dengar, tapi kadang2 kite ni terlepas pandang or saje buat tak tau. aku la tu.

tapi ape yang menarik hati aku tadi, adelah sewaktu kelas tafsir. honestly, je suis jalouse. elle comprend quran simply without refering to translator. of course la kan sebab dah tu bahase yang die cakap. tapi aku tetap cembure sebab aku tak jadi cam die. aku kagum tengok die membace quran seperti seorang ibu membacekan buku cerite kepade anak anak. subhanallah..

oui, je suis jalouse. il lit quran et il pleure. parce qu'il comprend! dan aku cemburu die ngaji quran hingge menanges sebab die paham. . aku tersentuh sebab aku tak jadi sama sepertinye :'(

sister ryhanna baru balik bercuti di malaysia. agak menarik dengar pandangan muslim dari western country cakap pasal negare kite.

" food is so heaven! mashaAllah, azan, we can hear azan 5 times a day and it's everywhere, hijabbed people are everywhere. but here (in nz) if you smile at any other hijabbed women, they will smile back to you because you know you must have met in masjid. but there, if you smile at them, not all of them would do the same or maybe you'd get this kind of what-look. the masjid masaAllah, is like a palace, but nobody is there."

ape yang aku harus rase kat sini? bangge sebab ade banyak makanan lazat di malaysia? bangge dengan masjid canteq yang gah sane sini? aku rase malu sebab aku temui care hidup islam di negare barat bukan di negare yang katenye majoriti islam.

aku cube paham kenape kat sini ikatan islam di sini kuat, sebab kite minoriti, kalo bukan kite yang menegakkan agame, sape lagi? di tanah air aku kire kite ni cam dah konon2 berade di comfort-zone make kite cam tak amek kisah sgt, kalo yang datang kelas kelas agame jarang anak2 muda, most of them makcik pakcik atuk nenek kite.

akhir kate, aku harap kite adek beradek dapat istiqamah, nasehatkan aku erh kalo tengok aku merepek repek sangat erh.
sayang korang seme :')


esok dah start kelas, habis gitu je cuti, ape aku nak jawab kalo madam nadia tanye
madam: qu'est-ce que tu fait pendant les vacances de Paques?
aku: pendant les vacances de Paques, je restée a la maison. je dormi et j'ai reggardé la youtube. sungguh tak berkualiti. hoho- eh sesape nak betolkan grammar aku? sile sile :D



kakak nombor due.
wellington
8:30 malam. wellington. ahad.

Nota Kelas Hari Ahad..

Salam adek-beradekku sekelian. Moga-moga kalian terus-terusan gembira, ceria, sihat dan bersemangat selalu hendaknya.^-^

Ini adalah "update" untuk nota kelas Sister Rehanna tadi. Tapi yang ni bukan penuhlah. Nak masuk semua tak muat (alasan tak logik betul..haha). Marilah kita sama-sama memperingatkan satu sama lain deh. Sayang sangat tau kat korang semua. (^-^)v

Tanda-tanda kecil kiamat:

1.The prophethood of Muhammad SAW

Diperjelaskan bahawa tanda-tanda kecil kiamat sudah bermula semenjak zaman Rasulullah SAW lagi. Ia diibaratkan seperti seutas rantai yang apabila dipotong, manik-maniknya akan bertaburan keluar. Maksudnya,sekali tanda dah keluar, yang lain akan "flow".

2.The widespread of nakedness

"Nakedness" di sini merujuk kepada isu aurat yang mula dipandang remeh.

3.The trustworthy will be regarded as untrustworthy while the untrustworthy will gain the trust from the public.

Sebagai contoh, politik. Tiba-tiba teringat pada kata-kata Imran Hosein, manusia akhir zaman ni sebagai contoh ahli politik boleh menipu secara terang-terangan tanpa rasa bersalah. A monstrous lie, ikut kata beliau. Dah terang dah tipu tapi orang masih juga percaya. Moga Allah swt menitipkan Nur di hati kita supaya kita nampak sesuatu benda tu sepertimana dia yang sebenarnya. Ameen.

4.People dispute over small issues

Mintak jauh sangat-sangat kita semua jadi macam ni. Sayang tau korang. Nak mintak maaf sangat-sangat atas segala salah silap selama ni. Akukan manusia biasa. Ececeh. Moga Allah SWT merahmati persahabatan kita semua. Ameen.

5.Children become the grief source for their parents.

Mintak jauh juga yang ini. Moga kita semua dapat jadi anak-anak yang baik. Ameen. Mari kita bersama-sama menjadi yang terbaik untuk mereka ya wahai teman-temanku sekalian. InshaAllah.

Cuba rujuk Surah Al-Kahfi yang ada sebut pasal kisah Nabi Khaidir bunuh budak lelaki tu. Yang ni ada kaitan dengan apa yang Sister Rehanna cakap tadi.

6.The abundance of illegitimate child

Rasa nak gelak juga bila Sister Rehanna cakap beliau keliru dengan penggunaan perkataan "partner" kat sini. My partner?

7.The musical instrument will become prevalent

Mana-mana sahaja ada muzik. Rasanya macam relevan juga AMP Model yang kita belajar dulu. Apa yang kita "terima", sedikit sebanyak boleh mempengaruhi jenis orang yang macammana kita ni.

Bercakap pasal muzik, teringat pula kata-kata Sheikh Hamza Yusuf. Korang boleh rujuk di sini.Pada minit 9.31.

"Music is a very powerful way of controlling the mind of the masses"

Tambahan, Syeikh Khalid cakap (tak tahu Sister Rehanna rujuk Syeikh Khalid yang mana), ada tiga jenis muzik.

a) music which leads you to Allah SWT (zikr, nasheed)
b) music which is neutral
c) music which leads you to your lowest self, NAFS

8.The widespread of extremism

Yang ni Sister Rehanna cakap kita perlulah bersederhana dalam beragama. Maksud bersederhana di sini ialah ikut apa yang telah disyariatkan kepada kita. Tak perlu berlebih-lebihan sampai buat "suicide bombing".

Teringat pulak pada apa yang Jaimee cakap tempoh hari.

"I was so shocked when some Muslim youth claims that they have strived harder for the sake of their religion. In most ways, they believe that they are representing the religion. And then I started to question myself. What have I been representing for?"

*Terkesan betul kata-kata ni.

9.The widespread use of toxicants

Yang ni merujuk bukan sahaja kepada "racun" seperti dadah tapi juga kepada racun pemikiran seperti TV dan permainan komputer. Tiba-tiba pula terasa tengah ulangkaji EDUC 228. hehe.

10.The abundance of criticism, backbite

Menularnya gosip-gosip liar. Manusia seakan lebih berminat nak ambil tahu tentang hal orang lain yang tiada kaitan pun dengan mereka. Yang perlu diambil tahu, dipandang remeh sebaliknya. Moga kita adek-beradek terhindar daripada semua ni. Tolong ingatkan aku ya kalau-kalau aku lupa. Terima kaseh.:)

InshaAllah, ada banyak sebenarnya surah dan ayat-ayat yang boleh jadi bekalan kita. Kalian boleh rujuk sini untuk itu. Sekurang-kurangnya dah boleh beramal sedikit daripada ini pun sudah cukup baik. InshaAllah. Moga hati-hati kita semua sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. Ameen.

Sekian dahulu untuk kali ni. Lain kali aku update pasal resipi pulak. InshaAllah. Tapi lepas hantar "assignment" Frenchla. haha. tak berupdatela kalau macamtu!

Saturday, April 25, 2009

kuiz muiz on facebook

salam.
korang, tadi aku buat kuiz kat facebook, kuiz ni ha, berape nilai hantaran perkahwinan anda.walaupon die punye result cakap 12K. aku sebenarnye tak reti jugak 12K ni banyak ke sikek untuk hantara , ye ke idok ntahnye 12K nye nanti.

tapi cam rase low self-esteem jugak la bile soklan pertame die berbunyik
macam mane rupe paras anda:
a- chanteq sket dari shrek *jahatnyeee!!*
b- ade iras iras angelina jolie
*pe? kalo chanteq kene muke artis r? propagande ini semue!
c-sedap mate memandang.
d-takdela chanteq sangat, tadela hodoh sangat *ni stock nak bangkitkan semangat diri tanak putus ase aku rase*

RM12,000-00
ANDA seorang wanita yang menawan tetapi anda tidak menyedari hakikat ini. anda tidak sedar bahawa diri anda mempunyai satu kelebihan yang anda sendiri tidak perasan tetapi bakal suami anda nampak semua itu. anda akan bahagia di samping suami anda nanti kerana dia menyayangi anda sepenuh hatinya.

ewaah, time kaseh la, harap begitula ye korang, amin :)

***************************************

kakak nombor 2
wellington
10: 47 malam. 25 april 2009. sabtu

cek mek molek dan kuih keria

salam.

kuih cek mek molek ni bagi aku tak jauh beze dengan kuih keria dari sudut bahan bahan yang digunakannye.

cume kat belah pantai timur ni orang panggil cek mek molek, nak nampak versatile lagi bergaye dan lain dari orang die pun gentel la jadik bulat bujur di hujung lalu ditaruk gule kat dalam tu, tapi same jugakla rasenye dengan kuih keria yang cam bentuk donat digaul gule.



kat sini. ubi keledek dipanggil kumara (New Zealand sweet potato). so kumara adelah basic utame cek mek molek atau kuih keria.

bahan2
-kumara secukupnye
-tepung + garam
-gula
-minyak untuk menggoreng

cara2
-kumara direbus hingge empuk lalu dielenyekkan
-campur tepung (kadang tambah air rebusan kumara sket)
- kemudian buat bentuk bulat
-tekan di tengah bulatan lalu di isi gula.
-tutup rapi (suhu tangan mampu mencairkan gule)
-goreng dan dihidangkan.


kakak nombor 2
wellington
9: 23 malam. 25 april 2009. sabtu

mee kari

salam
masak mee kari. sebenarnye buat mee kari kat sini agak mencabar ye puan puan, sebab kat sini tade mee kuning cam kat tempat kite, mee die berupe paras seperti laksa. fish cake plak cam susah jugak nak carik, kerang ape tah lagi, seekor kerang pun tak pernah dilahirkan di lautan pasifik, aku rase r. so, kami just gune ape yang ade.

kuah
-bawang putih
-mixed spice (tade pun takpe kot, saje je rase cam nak gune mixed spice)
-lada boh
-200ml santan
-air
-garam
-air asam jawa

kisar dan campur
-bawang merah (kisar)
-rempah kari ikan(rasenye, kalo tade fish cake baik gune rempah kari ikan, rase die lagi best)

-ayam
-udang
-mussel
-squid
-karot

cara-cara:
- tumis bawang putih sampai keemasan
-tumis mixed spice
-tumis lada boh sampai pecah minyak
-masukkan bawang merah yang digaul dengan rempah kari tadi
-masukkan semua bahan daging (ayam, etc.)
-masukkan santan diikuti air
-masukkan air asam jawe
-masukkan karot
-masukkan garam

bahan hiasan?
-rebus telur
-taufo
-celur sawi dan camboh.



agak tak semenggah la mee karini, mungkin teknik amek gamba tu yang tak betol :p

kakak nombor due
wellington
9:11 malam. 25 sept 2009. sabtu

nasi impit dan kuah kacang


salam semua :)
kite belaja buat nasik impit atau dalam loghat tenghanung dipanggil nasik kapek kuah satay (kuah kacang).


nasi impit-
obviously ia adelah dari peket instant nasik impit adabi.
time kaseh kepade makcik (ibu hanisah) yang bawak terbang jauh dari malaysia tempoh hari :)

sediakan nasi impit segere mudah sahaje, bukak peket, keluarkan lalu direbus dalam air panas yang mendidih selame sejam. nanti aku dah bercucu esok2, tak mencabar betol resepi yang aku bakal kasik kat cucu kan, tapi at least cucu ku tahu nenek die pandai main blog :D

kuah kacang
-4-6 sudu besar lada masak (cili boh), kami gune lade serbuk aje. lade kering mahal kat sini.

dikisar:
-4 bawang putih
-bawang merah
-2-3 hiris lengkuas (galangal)- kami gune yang kering je, yang hidup mahal
-2 batang serai - kami gune yang serbuk je.
-cumin powder
-cumin seed

lain-lain
-air asam jawe
- 1/2 atau 1 kerek gule melaka/ brown sugar
-garam
-kacang tanah dibakar, dibuang kulit lalu dikisar
-250 ml santan
-air secukupnya

cara cara:
-tumis lada masak hingga pecah minyak, pecah minyak erh panggil tu? memandai je aku.
-pastu masukkan segale yang telah dikisar tadi, tumis mereke.
-pastu masukkan kacang, santan, gule melaka, dan kacau.
-masukkan air
-masukkan air asam jawe, garam.

urm..sebenarnye aku pun tak tau mane masuk dulu, mane masuk kemudian, tapi bile aku dah masuk, hasil die cam same je. hehe. baikla.. itu je :)

kakak nombor 2
wellington
8:52 malam. 25 april 2009. sabtu

Friday, April 24, 2009

pancake

salam.

seperti yang telah diperkatekan dalam mesyuarat tak resmi adek beradek tadi, aku dengan ini mengatekan sekali lagi hasrat aku menulis entry kat blog kite adek beradek ni.

tapi mungkin aku akan post entry resepi masak memasak kite adek beradek kot. sebab mule mule aku ingat nak bukak blog baru yang compile resepi sepanjang kite belaja kat NZ. tapi bile pikir balik, nak buat pe banyak sangat blog. so aku tulis kat sini sudah.


aku tau, dan aku cam ragu ragu sket. sebab kite kat sini salu masak sendiri *eh ni bukan ayat riak okk :p*, pasni bile kite balik malaysia untuk final year, make ade tendency la kite akan masuk dapor seskale je berbanding kat sini. mungkin mase balik bercuti kat umah. plak malaysia tu food heaven, ke kedai pun boleh makan, pasar malam byk makanan ape sema kan. kat sini mane nak makan kene usahe siket la.


so aku kire agak bagus juge mengumpul segale masakan yang nampak elok di mate lalu di tempekkan di blog ni, aku pun segan sebenarnye, ye la, bukan nye tak sedap, tapi teknik amek gamba tu tak betol. nak jugak :D


okla.
A) adunan tepung
-1/2 egg(s)
-sugar
-baking powder
-self-raising flour or plain flour
-water or milk

B) filling
-nutella
-sekaye
-ape saje kegemaran anda

instructions:
pukul gule ngan telur sampai kembang,
masukkan baking powder ngan flour
kacau mereke dan tambah air atau susu.
kacau sampai nampak chanteq dan licin.
kalo pekat- tambah r susu. kalo cair- tambah r tepung, suke ati r :D



kakak nombor 2
wellington
7:30 malam. 25april 2009. sabtu