Friday, May 8, 2009

solok lada nasik kerabu

salam adek beradek sekalian,

sebenarnye dah lame chanteq nak publish entry ni, tapi tak berkesempatan. maryam dah publish lame dah ayam percik bersame nasik kerabunye, huhu. so skang kite mulekanla sebelom terlupe resepinye.

bahan bahannya-
-isi ikan
-halia besar 3-4 ibu jari kot. mariam gune jari kaki, aku gune jari tangan. hehe
-bawang besar 1-2 labu
-kelape muda yg diparut
-gula
-garam
-lada sulah
-santan
-lada

care-carenye:
- isi ikan dipotong halus, tak dikisar atau direbus, just ricik ricik dengan pisau.
-ikan digaul dengan kelapu mude yang diparut, kat sini tade kelape, so gune kelape kering instant aje :D, masukkan la juge halia, bawang ytang dikisar tu.
-masukkan garam,gula dan lada sulah ikot kecukupan segale rase
-sumbatkan segale yang dah digaul tadi ke dalam lade yang dah dibuang bijiknya
-letak lade tadi ke dalam periuk
-tuang santan ke atas nya dan masak hingga masak.

siap! :)

kakak nombor due.
wellington
6:56pm. sabtu. 9th may

Thursday, May 7, 2009

Cerita Awang dan Budin^-^



Assalamualaikum adek-beradekku sekalian...

Comel sangat video ni. Comel, ringkas dan mesej pun sampai. Huhu.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang-orang yang penyayang, mereka itu akan disayangi oleh Allah Tabaaraka wa Ta'ala (Yang Maha berkat dan Maha Tinggi). Oleh kerana itu sayangilah orang-orang yang di muka bumi, nescaya Dzat yang di atas langit akan menyayangi kamu".

[HR Abu Dawud No. 4941. Ahmad 2/160. Hakim 4/159.]

Nous nous aimons (Kita saling sayang-menyayangi). Kan? Moga Allah swt merahmati kalian semua. Ameen.^-^

mimipiku menjadi tetamuNya...

aku membelek buku, ingat ingin menelaah, tapi aku terbaring dan berbungkus tebal. cuace agak sejuk hinggela aku terlelap, lampu menyale, pintu tak berkunci. aku menerjah ke alam lain...

suasanenya indah sekali. aku, mereke dan dia sedang menyambut lambaian ilahi, aku suka sangat. aku dengannya, tapi aku tak nampak dia, tapi aku tahu dia ade, aku kenal die tapi aku tak pernah bersua dengannya.

ape yg ku tau, hatinya ikhlas dan gembire sekali menyambut lambaian ilahi.
aku senang sekali dengan diriniya. di penghujung jalan itu kulihat ibu ayahku sedang menungguku. aku mendakap mereka. ingin ku khabarkan kegembiraanku tadi..

aku terjage, jam pukul 2 pagi. pintu dikunci, lampu ditutup. aku menyambung mimpi.
dengan harapan ia menjadi kenyataan satu hariu nanti , amin...





kakak nombor dua.
wellington.
10:05 am. 8th may 2009

Wednesday, May 6, 2009

Educate me please, my dearest friends...





" Hiduplah untuk MEMBERI sebanyak-banyak nyer,

Dan bukan untuk MENERIMA sebanyak-banyak nyer"



( Pak Harfan, Laskar Pelangi)



p/s: I love the 2nd quote! Beautiful meaning.. :).. Bile kite selalu "menerima" dari orang lain, seolah-olah kite mengemis dalam kehidupan ini. Walhal, kite dianugerahkan dengan pelbagai anugerah yang tidak ade tolak bandingan. But, sometimes, we DO need others to help us, to support us because WE'RE ONLY HUMAN... Tapi kene ingat, MEMBERI perlu berpada-pada :D

Monday, May 4, 2009

Ayam Percik bila dimakan bersama Nasi Kerabu

Assalamualaikum adek-beradekku sekelian. Aku telah meninggalkan pesan sebentar tadi pada encik kegembiraan. Pesan yang khas buat kalian. Kalian yang sentiasa istimewa di hatiku ini. Moga encik kegembiraan tidak mungkir janji. Janji untuk terus menjadi peneman setia kalian. Moga-moga begitu hendaknya.^-^

Seperti yang dijanjikan...

Ini adalah resipi arwah nenekku. Percik ni ada banyak jenis. Bergantung pada orang yang masak. Ada yang warna merah, ada yang warna oren. Tapi aku punya resipi ni warna kuning cerah sket. Haha. Macam korang tak tahu pula. Tapi ayam ni lagi sedap kalau boleh panggang atau buat ala-ala barbeku. Tapi memandangkan "teknologi" ACI bagus, kita bakar je ek. Senang wak kira dok?:)

Ni resipi untuk seekor ayam. Mak aku kat rumah biasa masak ayam yang belah empat tu. Tapi memandangkan kat sini selalu beli ayam "portion", boleh aja deh. Tapi kan kalau ayam kerat empat tu lagi menarik. Boleh merapatkan ukhuwah bila cubit ayam ramai-ramai kan. Haish, betul ke tidak ayat aku ini? Hoho. Panjangla pulak mukadimah. Ok, kita teruskan dengan resipi.

Bahan perap ayam:
Ayam seekor atau 10 ketul
Bawang putih seulas
Halia seinci
Serbuk kunyit
Sedikit garam

Bahan untuk kuah:
Santan (pekat)
1 labu bawang besar
2 atau 3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Halia (sebesar ibu jari kaki)
Lada lumat hujung sudu
Sedikit air asam jawa
Serai dititik (pilihan)
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

Ayam diperap selama satu jam hingga dua jam.



Sementara menunggu ayam diperap, sediakan kuah.

Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam santan yang di masak atas dapur. Pastikan santan pekat dan tidak "serawa". Kalau korang rasa kuah korang agak cair, boleh tambah bawang besar lagi. Bawang besar ni boleh memekatkan kuah.

Masukkan sedikit lada lumat. Jangan banyak sangat. Nanti jadi warna merah pulak. Huhu. Lepas tu masukkan sedikit air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Boleh letak serai untuk penambah rasa. Masak sampai kuah itu pekat.




Bakar ayam pada suhu 180. Kalau panggang lagi mengancam kesannya. Bakar untuk beberapa minit, lepas tu curahkan kuah tadi ke atas ayam. Lepas tu bakar lagi sampai kering kuah. Lepas tu curah lagi kuah. Lepas tu bakar lagi sampai kering kuah. Ulang sampai masak.





Inilah hasilnya. Boleh dimakan bersama Nasi Kerabu, Solok lada (betul ke tak eja ni), dan sewaktu dengannya.



Lain kali masak Nasi Kerabu lagi nak tak? Tak puas makan lagi rasanya. Serius ni. Ehehe.

Saturday, May 2, 2009

~Laskar Pelangi




Laskar pelangi

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar Pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar Pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di Bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia selamanya

Suka sangat lagu ini. Ia membuatkan aku tersenyum. Tersenyum. Dan tersenyum. Boleh merasa aura positif itu. Huhu. Over betul aku puji lagu ini. Tapi serius, aku suka lagu macam ini sebab ia buat aku rasa bersemangat dan bahagia. Cewah! Apapun, hayatilah liriknya. Aku lebih suka lirik daripada irama. Tapi kalau dua-dua bagus, aku lagi suka. Ehehe.

Friday, May 1, 2009

wanita tersayang...

aku anak mak (juga abah...)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:

"bila dah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim duit untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

kadang tuh, mak langsung tak meminta pun....tapi adakah kita memahami?..seperti mak memahami kite walau kite tidak bersuara?


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


p/s: semoga kita menjadi anak yang solehah, yang bisa menyejukkan hati insan bergelar ibu...
semoga Allah S.W.T. senantiasa merahmati mak, mi, mama, ibu, bunda dan juga insan2 kesayangan kita...
semoga kita semua menjadi ibu yang baik dan cemerlang kelak.. (^_^)
Ameen...